Pengiran Muda Abdul Muntaqim
| Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Pengiran Muda Brunei | |||||
Pengiran Muda Abdul Muntaqim pada 2024 | |||||
| Keputeraan | 17 Mac 2007 Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Brunei | ||||
| |||||
| Kerabat | Kerabat Bolkiah | ||||
| Ayahanda | DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah | ||||
| Bonda | YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah | ||||
| Agama | Islam | ||||
| Pekerjaan | pelajar | ||||
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim (diputerakan 17 Mac 2007) ialah paduka anakanda sulung dan paduka putera pertama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, pewaris kepada Sultan Brunei, dan Pengiran Isterinya, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. YTM ada adinda bernama YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, yang diputerakan pada tahun 2011. Pengiran Muda berkenaan berada dalam tempat kedua dalam bergelar menjadi Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selepas paduka ayahandanya Al-Muhtadee Billah. Paduka ayahandanya ialah pewaris kepada paduka nendanya Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Bersempena keputeraan Pengiran Muda, 19 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman, tempat persemayaman rasmi Sultan Brunei.