Pengiran Muda 'Abdul 'Azim

Almarhum Pengiran Muda 'Abdul 'Azim
Duli Pengiran Muda Negara Brunei Darussalam
Pengiran Muda 'Abdul 'Azim di Kongres Rangkaian Autisme ASEAN kedua pada April 2013
KeputeraanPengiran Muda 'Abdul 'Azim
(1982-07-29) 29 Julai 1982/8 Syawal 1402H
Bandar Seri Begawan, Brunei
Kemangkatan24 Oktober 2020(2020-10-24) (umur 38)/7 Rabiulawal 1442H
Bandar Seri Begawan, Brunei
Pemakaman24 Oktober 2020
Kubah Makam Diraja
Nama penuh
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
KerabatKerabat Bolkiah
AyahandaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
BondaDatin Paduka Seri Hajah Mariam
AgamaIslam Sunni
PekerjaanPenerbit filem

Almarhum Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (Jawi: ڤڠيران مودا حاج عبدالعظيم‎; diputerakan 29 Julai 1982 – mangkat 24 Oktober 2020) merupakan paduka putera ketiga Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. YTM merupakan yang keempat dalam susur galur pewarisan takhta Brunei sehingga kemangkatannya pada Oktober 2020.