Penghulu Abu Bakar
Nama beliau sebenarnya ialah Abu Bakar bin Abdullah. Beliau juga turut dikenali sebagai Kee Abu Bakar mengambil sempena keturunan beliau. Namun beliau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Tawau sebagai Penghulu Abu Bakar atau OKK Abu Bakar.
Penghulu Abu Bakar | |
|---|---|
| Kelahiran | Abu Bakar bin Abdullah 1899 |
| Meninggal dunia | 1953 (berumur 53–54) |
| Nama lain | Kee Abu Bakar OKK Abu Bakar |
| Ibu | Jumaatiah Ami Maidin |
| Bapa | Kee Abdullah |
Dilahirkan pada tahun 1899 dan merupakan anak jati Tawau. Ibu beliau, Jumatiah Ami Maidin merupakan berturunan Melayu Suluk manakala bapanya, Kee Abdullah adalah seorang pegawai British berketurunan Sino Dusun Muslim yang dihormati sebagai pemimpin masyarakat di Tawau. Penghulu Abu Bakar meninggal dunia pada tahun 1953 ketika berusia 54 tahun. ( Rujuk : Buku 'Borneo Under the Sun', tulisan Nicholas Chung, Terbitan Natural History Publication: 2005 )