Pengguguran udara
Pengguguran udara atau penerjunan udara (airdrop) ialah sejenis angkut udara di mana barangan seperti senjata, peralatan, bantuan kemanusiaan atau risalah digugurkan dengan payung terjun oleh pesawat tentera atau awam tanpa perlu mendarat. Ia dibangunkan semasa Perang Dunia Kedua untuk membekalkan askar yang tidak dapat diakses, biasanya terdiri daripada pasukan airborne, dan istilah ini juga boleh merujuk kepada serangan dari udara itu sendiri.