Pengglasieran Marino
Pengglasieran Marino, kadangkala juga dikenali sebagai pengglasieran Varanger, ialah satu tempoh pengglasieran yang berlaku di seluruh muka Bumi. Permulaannya kurang dikenal pasti, tetapi berlaku tidak lebih awal daripada 654.5 Ma (juta tahun lalu). Ia berakhir kira-kira 632.3 ± 5.9 Ma semasa tempoh Kriogen. Pengglaiseran ini mungkin meliputi seluruh planet, dalam peristiwa yang dipanggil Bumi Bola Salji. Penamatan pengglasieran ini adalah disebabkan oleh pelepasan gas karbon dioksida oleh gunung berapi dan pembubaran gas hidrat dan mungkin dipercepatkan oleh pembebasan metana dari ibun abadi khatulistiwa.