Pengenalan kerelatifan khas

Halaman ini bertindak sebagai pengenalan untuk rencana utama: Kerelatifan khas


Walaupun teori kerelatifan khas telah dicadangkan buat pertama kali oleh Albert Einstein pada tahun 1905, pendekatan moden untuk teori ini bergantung kepada konsep semesta empat dimensi yang dicadangkan oleh Hermann Minkowski pada tahun 1908 dan diperkembangkan oleh Emmy Noether. Pendekatan ini menggunakan konsep ketakvarianan untuk menjelajah pelbagai jenis sistem koordinat yang diperlukan untuk memberikan pemerian fizikal yang lengkap untuk lokasi dan had keluasan benda-benda.