Pengembaraan Huckleberry Finn
Kulit buku edisi pertama | |||
| Umum | |||
|---|---|---|---|
| Pengarang | Mark Twain | ||
| Negara | United Kingdom / Amerika Syarikat | ||
| Bahasa | Inggeris | ||
| Siri | 27 | ||
| Genre | Novel satira | ||
| Penerbitan | |||
| Pengilustrasi | EW Kemble | ||
| Pelukis kulit | Taylor | ||
| Penerbit | Chatto & Windus / Charles L. Webster And Company. | ||
Tarikh penerbitan | 1884 UK & Kanada 1885 Amerika Syarikat | ||
Jenis media | Cetak | ||
| Halaman | 366 | ||
| Kawalan kewibawaan | |||
| ISBN | ISBN Tidak berkaitan Invalid ISBN | ||
| OCLC | 29489461 | ||
| Kronologi | |||
| |||
Pengembaraan Huckleberry Finn (Inggeris: Adventures of Huckleberry Finn) ialah sebuah novel bahasa Inggeris oleh Mark Twain, yang pertama kali diterbitkan di United Kingdom dalam bulan Disember 1884 dan di Amerika Syarikat dalam bulan Februari 1885. Karya ini, yang sering dimasukkan ke dalam senarai Novel Amerika Agung, merupakan satu daripada karya besar kesusasteraan Amerika yang pertama kali ditulis dalam bahasa Inggeris vernakular yang bercirikan warna tempatan. Ia diriwayatkan dalam bentuk orang pertama oleh Huckleberry Finn, sahabat Tom Sawyer, yang juga menjadi periwayat dua lagi novel Mark Twain Tom Sawyer Abroad ("Tom Sawyer di Perantauan") dan Tom Sawyer, Detective) ("Tom Sawyer, Mata-Mata Gelap"). Novel "Huck Finn" ini ialah susulan lansung The Advenures of Tom Sawyer ("Pengembaraan Tom Sawyer").
Buku ini terkenal buat pemerian warna-warninya tentang penduduk dan tempat-tempat di sekitar Sungai Mississippi.
Novel ini sentiasa popular dalam kalangan para pembaca dan menjadi bahan kajian pengkritik sastera semenjak penerbitannya. Ia dikritik semasa diterbitkan kerana bahasanya bahasa basahan dan kasar, dan menjadi bertambah kontroversial dalam abad ke-20 kerana ia menggunakan stereotaip ras dan kerana sering memuatkan perkataan "nigger" yang dianggap menghina bangsa kulit hitam, kendatipun terdapat hujah-hujah yang kuat yang menunjukkan protagonisnya, dan jalan cerita buku, amat kuat menentang rasisme.