Pengecas turbo

Jika anda ingin membantu, sumbangan anda dialu-alukan.
Rencana ini diusahakan oleh Hezery99 dan memerlukan bantuan.

Pengecas turbo atau turbo, merupakan alat pemampat gas yang digunakan bagi tujuan pernafasan paksaan pada enjin pembakaran dalaman. Seperti juga pengecas lampau, tujuan utama pengecas turbo ialah bagi meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke dalam enjin untuk menghasilkan lebih kuasa. Walau bagaimanapun, pengecas turbo terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin, yang juga digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri, dan bukannya secara pacuan mekanikal terus seperti mana pengecas lampau.