Pengeboman Pejabat Perdana Menteri Iran 1981

Pengeboman Pejabat Perdana Menteri Iran 1981
Sebahagian daripada Terrorisme di Iran
Bangunan PM Iran selepas letupan
LokasiTehran, Iran
Tarikh30 Ogos 1981 (1981-08-30)
15, 14:45 (+3:30)
SasaranPara pegawai Iran
Jenis serangan
Pengeboman
Kematian8
Tercedera23
PenyerangAgen MEK bernama Masoud Keshmiri
sunting ยท sunting di Wikidata

Pejabat Perdana Menteri Iran, Mohammad Javad Bahonar, telah dibom pada 30 Ogos 1981 oleh Mujahedin Rakyat Iran (MEK), membunuh Bahonar, Presiden Mohammad Ali Rajai, dan enam orang pegawai kerajaan Iran yang lain. Bom beg bimbit tiba dua bulan selepas pengeboman Hafte Tir, yang mana membunuh lebih 70 orang pegawai kanan Iran, termasuk Ketua Hakim Mohammad Beheshti, yang mana merupakan pegawai kedua tertinggi di Iran.

Berdasarkan para pemerhati Barat, MEK berkemungkinan besar bertanggungjawab di atas letupan ini, di sebabkan oleh "persenjataan dan pengalaman dalam taktik keganasan." Ia kemudian dibuktikan bahawa serangan ini dilakukan oleh seorang agen MEK bernama Masoud Keshmiri, setiausaha di pejabat Bahonar dan Majlis Tertinggi Keselamatan Kebangsaan, yang mana kemudian menggunakan satu passport palsu untuk melarikan diri daripada Iran selepas serangan.

Tidak lama kemudian, majlis presiden sementara mengumumkan hari perkabungan negara selama lima hari, dan Parlimen Iran telah memilih Ayatollah Mahdavi Kani sebagai perdana menteri seterusnya.