Pengasah pensel
Pengasah pensel ialah alat untuk mengasah mata pensel apabila pensel semakin tumpul. Pengasah pensel boleh dikendalikan secara manual mahupun dengan motor elektrik. Kebanyakan pengasah biasanya mempunyai selongsong di sekelilingnya yang boleh ditanggalkan supaya dapat dikosongkan serta dapat membuang serpihan pensel ke dalam tong sampah.