Pengabdi Setan (filem 2017)

Pengabdi Setan
Pengabdi Setan
PengarahJoko Anwar
Lakon layarJoko Anwar
BerdasarkanPengabdi Setan (1980)
oleh Subagio S.
Dihasilkan oleh
  • Gope T. Samtani
  • Sunil Samtani
  • Priya N. K.
Dibintangi
  • Tara Basro
  • Bront Palarae
  • Ayu Laksmi
  • Endy Arfian
  • Nasar Anuz
  • Muhammad Adhiyat
  • Elly D. Luthan
  • Dimas Aditya
  • Arswendi Nasution
  • Egi Fedly
SinematografiIcal Tanjung
Disunting olehArifin Cu'unk
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRLJE Films
Tarikh tayangan
28 September 2017
Masa tayangan
107 minit
NegaraIndonesia
BahasaBahasa Indonesia
BajetRp 2 miliar
($150,000)
Pecah panggung$16.2 juta

Pengabdi Setan merupakan filem hantu Indonesia 2017 yang dikeluarkan pada 28 September 2017, ditulis dan diarahkan oleh Joko Anwar dan ia merupakan pembikinan semula dari filem 1980 dengan tajuk yang sama arahan Sisworo Gautama Putra. Plot mengisahkan keluarga yang ibunya mengalami penyakit pelik selama 3 tahun. Ibu itu tidak dapat bertahan dan akhirnya mati. Ibu yang mati kemudian pulang ke rumah untuk mengambil anak-anaknya.

Sehingga 7 November 2017, filem itu telah disaksikan oleh 4,100,468 penonton wayang, menjadikan Pengabdi Setan sebagai filem Indonesia paling laris 2017. Filem ini ditayangkan di 42 negara termasuk Malaysia, Singapura, Jepun, Jerman, dan Amerika Syarikat.