Penerbangan 447 Air France
F-GZCP, pesawat yang terbabit dalam kemalangan | |
| kemalangan | |
|---|---|
| Tarikh | 1 Jun 2009 |
| Ringkasan | Dalam siasatan |
| Tapak kejadian | Berhampiran titik laluan TASIL, Lautan Atlantik 3°30′N 30°30′W / 3.5°N 30.5°W (anggaran) |
| Jenis pesawat | Airbus A330-200 |
| Pengendali | Air France |
| Kod pendaftaran | F-GZCP |
| Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Galeao-Antonio C Jobim |
| Destinasi | Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle |
| Penumpang | 216 |
| Anak kapal | 12 |
| Kematian | 228 (semua) |
| Terselamat | 0 |
Penerbangan 447 Air France' adalah penerbangan komersil dari Rio de Janeiro, Brazil, ke Paris, Perancis yang terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik. Seramai 228 disahkan mati iaitu kesemua 12 anak kapal dan 216 penumpang. Sebab kemalangan belum dipastikan lagi, tapi sisatan awal mendapati bahawa terdapat kesan pengaisan penderia laju menyebabkan bacaan laju udara yang salah, hingga mengakibatkan kemalangan.
Pesawat Airbus A330-200 Air France itu, dengan kod pendaftaran F-GZCP, berlepas pada 31 Mei 2009 jam 19:03 waktu tempatan (22:03 UTC) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro-Galeão, Brazil menuju ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis. Bagaimanapun ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik, tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009.
Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil. Pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.
Pada 3 April 2011, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA) mengumumkan ia telah menjumpai dan akan mendapatkan serpihan besar bangkai pesawat. Kelibat mayat juga dilihat dalam bangkai itu.