Penentuan jantina

Penentuan jantina (juga dikenal sebagai penentuan gender) ialah suatu langkah menentukan jantina sesebuah bayi sewaktu dilahirkan ke dunia. Dalam kebanyakan kelahiran, saudara-mara, bidan, jururawat atau doktor yang menyambut kelahiran bayi ini memeriksa alat kelamin bayi tersebut lalu menetapkan jantina dan gendernya tanpa jangkaan ia dalam keadaan kabur. Perbuatan ini juga boleh dilakukan sebelum kelahiran melalui penentuan jantina pranatal.

Jantina sewaktu lahir sering segerak dengan keadaan fizikal dan biologi bayi sewaktu lahir. Bilangan kelahiran yang tidak mengikut ciri-ciri ketat lelaki mahupun perempuan bisa mencapat setinggi 1.7%, di mana 0.5% disebabkan munculnya alat kelamin yang tidak dapat ditentukan jenisnya, selain juga hasil kromosom, gonad atau hormon yang ganjil. Keadaan sebegini membawa kepada situasi interseks atau masalah pembangunan seks, lalu bisa merumitkan lagi langkah penentuan jantina.