Penempaan
Penempaan ialah suatu proses pemprosesan logam dengan kaedah daya pemampatan. Daya ini dikenakan melalui sebuah tukul (biasanya tukul kuasa) atau acuan. Penempaan dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan suhu penempaan: penempaan sejuk, suam atau panas. Bahagian ditempa boleh seberat sekilogram hingga ratusan tan metrik. Penempaan telah diamalkan oleh tukang besi selama beberapa alaf, dengan hasil-hasil tempa tradisional termasuk peralatan dapur, perkakasan rumah, senjata, simbal dan perhiasan. Sejak Revolusi Industri, bahangian ditempa banyak digunakan dalam mekanisme dan jentera yang memerlukan kekuatan tinggi; bahan-bahan ini lazimnya memerlukan pemprosesan lanjutan untuk memperoleh komponen akhir. Kini, penempaan ialah satu industri antarabangsa.