Pendorongan nuklear
ΜΊ
Pendorongan nuklear merangkumi satu taburan luas kaedah pendorongan yang menggunakan beberapa bentuk tindak balas nuklear sebagai sumber janakuasa utama. Idea untuk menggunakan bahan nuklear bagi tujuan ini telah bermula pada awal kurun ke-20. Pada tahun 1903, satu teori yang mencadangkan penggunaan bahan radioaktif seperti radium, mungkin sesuai digunakan sebagai bahan api untuk enjin pada kereta, kapal terbang, dan bot. H. G. Wells mengambil idea ini dalam kerja fiksyen beliau pada tahun 1914 yang bertajuk The World Set Free. Pada masa kini, kebanyakan kapal selam dan kapal pengangkut pesawat menggunakan uranium sebagai bahan api untuk reaktornya. Oleh itu menjadikan kapal ini dapat beroperasi dalam tempoh yang panjang tanpa perlu mengisi semula bahan api. Terdapat juga penggunaan dalam sektor angkasa di mana enjin-enjin nuklear haba dan nuklear elektrik mungkin lebih efisien berbanding enjin-enjin roket konvensional.