Pendingin air

Pendingin air (bahasa Inggeris: water cooler) ialah alat yang menyejukkan air untuk kegunaan orang ramai dalam suatu runag kecil. Pendingin ini umumnya dibahagikan kepada dua kategori: pendingin tanpa botol dan pendingin berbotol. Pendingin air tanpa botol disambungkan kepada bekalan air, sementara pendingin air berbotol pula memerlukan penghantaran (atau pengambilan sendiri) air dalam botol besar dari pembekal.