Pendidikan di Perancis

Pendidikan di Perancis
Kementerian Pendidikan Nasional
MenteriPap Ndiaye
Perincian umum
Bahasa utamaBahasa Perancis
Jenis seliaanBerpusat
Kadar celik huruf (2003)
Jumlah991
Lelaki99
Wanita99
Kemasukan pelajar
Jumlah15.0 juta2
Pendidikan rendah7 juta
Pendidikan menengah6 juta
Pasca-menengah2.3 juta3
Peratusan tamat pengajian
Pendidikan menengah79.7%
Pasca-menengah27%
1 Setakat tahun 2020, kadar celik huruf tidak lagi dibanci oleh INSEE.
2 Termasuk pendidikan persendirian.
3 Termasuk universiti, CPGE dan sekolah


Pendidikan di Perancis diselia oleh Kementerian Pendidikan Nasional, Belia dan Sukan (Perancis: Ministère de l'Éducation nationale, de la Jeunesse et des Sports). Ianya dipecahkan kepada tiga peringkat peringkat pendidikan iaitu pendidikan rendah (enseignement primaire), pendidikan menengah (enseignement secondaire) dan pendidikan tinggi (enseignement supérieur). Kebanyakkan kanak-kanak memulakan persekolahan di Perancis bermula 2 tahun, di mana mereka memasuki peringkat pendidikan prasekolah. Bermula umur 6 tahun, kanak-kanak di Perancis memulakan peringkat pendidikan rendah dan seterusnya ke peringkat menengah dan pendidikan tinggi.

Di peringkat pendidikan tinggi di Perancis pula, peringkat ijazah berikut diiktiraf oleh Bologna Process (pengiktirafan di peringkat EU); Licence dan Licence Professionnelle (ijazah sarjana muda), Master (ijazah sarjana) dan Doctorat (Kedoktoran).

Pada tahun 2018, Program Penilaian Pelajar Antarabangsa yang diselaraskan oleh OECD meletakkan kemahiran dan pengetahuan am remaja Perancis berumur 15 tahun dalam kedudukan ke-26 dunia untuk carta kemahiran celik huruf, matematik dan sains, di bawah purata OECD iaitu 493. Purata prestasi remaja 15 tahun Perancis menurut skala OECD dalam sains dan matematik didapati menurun, dengan trend menaik ditunjukkan bagi remaja yang berkemahiran rendah dalam celik huruf, matematik dan sains.

Di peringkat menengah, Perancis menduduki tangga ke-23 dalam penilaian matematik dan sains yang dijalankan oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) pada tahun 1995. Pada tahun 2019, Perancis menduduki tangga ke-21 dalam penilaian Sains oleh TIMSS.