Perdarahan dalaman
Perdarahan dalaman ialah kehilangan darah yang berlaku daripada sistem vaskular ke dalam rongga atau ruang badan. Ini merupakan kecemasan perubatan parah dan takat keterukan bergantung pada kadar perdarahan dan lokasi perdarahan (contohnya otak, perut, paru-paru). Ini boleh berpotensi untuk menyebabkan kematian dan jantung berhenti sekiranya rawatan perubatan betul tidak diterima dengan cepat.