Pencemaran radioaktif Bukit Merah 1982
Pencemaran radioaktif Bukit Merah 1982 (Malaysia) | |
| Tarikh | 1982 |
|---|---|
| Lokasi | Bukit Merah, Perak, Malaysia |
| Koordinat | 4°32′47″N 101°02′49″E / 4.546337°N 101.046873°E |
| Penyebab | Pelupusan sisa radioaktif secara haram ke bandar berhampiran |
| Hasil | Asia Rare Earth Sdn Bhd (ARE) menghentikan operasinya berikutan peningkatan tekanan tempatan dan antarabangsa dengan kilangnya ditutup pada tahun 1994 |
| Kematian | Tujuh maut akibat pencemaran |
| Kecederaan | Kecacatan kelahiran dan lapan kes leukemia dalam tempoh lima tahun dalam komuniti sebanyak 11,000 |
Pencemaran radioaktif Bukit Merah 1982 ialah kejadian pencemaran sisa radioaktif di Bukit Merah, Daerah Kinta, Perak Tengah, Malaysia. Hasil daripada kes pencemaran itu mengambil masa beberapa tahun untuk diselesaikan tanpa pengakuan tanggungjawab daripada syarikat yang terlibat walaupun penutupan kilang pada tahun 1994 yang menjadi sumber pencemaran.