Penanda wacana

Penanda wacana ialah unsur bahasa yang digunakan dalam sesuatu penulisan atau perbualan untuk menghasilkan wacana yang koheren atau berkesatuan. Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan baharu dan diletakan untuk membantu pembaca karya memahami maksud tulisan dan menyusun idea tulisan.

Kesan penanda wacana merupakan unsur penting dalam penulisan atau percakapan yang bertujuan untuk menyampaikan perasaan, suasana, atau emosi tertentu kepada pembaca atau pendengar.