Pemutihan karang
Pemutihan karang berlaku apabila polip batu karang menyingkirkan alga yang hidup bersama secara endosimbiotik di dalam tisu-tisunya akibat tekanan atau stres. Batu karang masih boleh hidup selepas ketiadaan alga ini, namun akan mula mati akibat kekurangan bekalan tenaga hasil simbiosis dengan alga tersebut.
Peningkatan suhu air laut disebabkan pemanasan global ialah penyebab utama fenomena ini. Menurut sebuah laporan hasil Rancangan Persekitaran Bangsa-Bangsa Bersatu, suatu pemutihan berpanjangan berlaku antara tahun 2014 dan 2016 telah membunuh batu-batu karang secara besar-besaran. Sebanyak antara 29 hingga 50 peratus kawasan Terumbu Sawar Besar terjejas akibat kejadian yang seumpamanya pada taun 2016.