Pemerintah Georgia
Pemerintah Georgia (Bahasa Georgia: საქართველოს მთავრობა) ialah badan eksekutif Republik Georgia yang melaksanakan dasar-dasar dalam dan luar negara berkaitan untuk republik tersrbut. Ia terdiri daripada Perdana Menteri Georgia sebagai ketua pemerintah yang dipertanggungjawabkan kepada Parlimen Georgia. Peruntukan yang diberikan ke atas badan ini didasarkan pemindaan kepada Perlembagaan Georgia yang diluluskan pada tahun 2017 dan 2018.