Pemburu-pengumpul

Masyarakat pemburu-pengumpul atau pemburu-peramu mengutamakan amalan sara diri yang melibatkan pemerolehan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang boleh diramu pungut, dicari atau diburu dari hutan lalu dimakan terus tanpa sumber yang cukup untuk mengusahakan pertanian atau penternakan. Kegiatan meramu atau mengumpul lebih banyak ditumpukan masyarakat sebegini daripada memburu makanan sebanyak 80% sumber makanan diperoleh.

Ciri yang boleh membezakan antara masyarakat yang lazim meramu dan memburu berbanding masyarakat-masyarakat lain yang lebih bergantung kepada domestikasi (seperti pertanian dan penternakan) tidak begitu jelas, kerana kebanyakan masyarakat masa kini menggabungkan kedua-dua percaturan untuk menampung kependudukan masing-masing.