Pembunuhan Charlie Kirk
| Pembunuhan Charlie Kirk | |
|---|---|
Tapak kejadian selepas penembakan dengan garisan polis mengelilingi khemah di mana Kirk ditembak | |
| Lokasi | Utah Valley University Orem, Utah, U.S. |
| Koordinat | 40°16′39.1″N 111°42′50.5″W / 40.277528°N 111.714028°W |
| Tarikh | 10 September 2025 12:20 p.m. MDT (UTC−06:00) |
| Sasaran | Charlie Kirk |
Jenis serangan | Penembakan |
| Senjata | Senapang aksi bolt .30-06 |
| Kematian | 1 |
| Mangsa | Charlie Kirk |
| Pelaku | Tyler Robinson |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pada 10 September 2025, aktivis politik konservatif Amerika Charlie Kirk mati ditembak semasa berucap di hadapan khalayak di kampus Universiti Utah Valley di Orem, Utah. Acara itu merupakan acara pertama pada musim luruh dalam American Comback Tour anjurannya, yang dianjurkan oleh gerakan haluan kanan, Turning Point USA, yang diasaskannya.
Pembunuhan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin melampau serta keganasan politik yang semakin kerap berlaku di Amerika Syarikat. Ia mencetuskan reaksi meluas daripada tokoh masyarakat di seluruh negara.
Usaha memburu suspek sedang dijalankan. Dua individu pada mulanya ditahan tetapi kemudian dibebaskan selepas penguatkuasa undang-undang menentukan mereka tidak mempunyai kaitan dengan kejadian itu. Penembak dan motif mereka masih tidak dikenal pasti, walaupun gambar dan video orang dikehendaki telah dikeluarkan.