Pembiakan tampang

Pembiakan tampang ialah sejenis pembiakan tumbuhan yang tidak melibatkan persenyawaan dengan mencambahkan anak tumbuhan baru daripada keratan mana-mana bahagian akar, batang dan daun pokok induk (tampang) atau struktur pembiakan yang terubah suai. Melalui proses ini, tumbuhan dapat membiak tanpa memerlukan biji benih atau spora. Genetik anak pokok sama dengan induk; anak-anak tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil "klon".

Banyak tumbuhan boleh membiak secara semula jadi melalui kaedah ini, namun turut berlaku secara buatan. Pakar hortikultur mengembangkan teknik pembiakan tampang yang memakai propagul tampang untuk memiru tumbuhan. Kadar kemenjadian dan kesukaran pembiakan ini amat berubah-ubah. Pertumbuhan daripada tampang monokotiledon lebih sukar dilakukan kerana spesies-spesiesnya selalunya tiada kambium pembuluh.