Pembentukan dan evolusi Sistem Suria
Pembentukan dan evolusi Sistem Suria dianggarkan telah bermula 4.568 bilion tahun yang lalu dengan runtuhan graviti sebahagian kecil awan molekul gergasi. Kebanyakan jisim yang meruntuh dikumpulkan di tengah-tengah, membentuk Matahari, manakala bahagian yang di luar diratakan kepada cakera protoplanet yang membetuk planet, bulan, asteroid, dan lain-lain badan kecil Sistem Suria terbentuk.