Pembayang mata
Pembayang mata ialah bahan kosmetik yang digunakan terutamanya pada kelopak mata untuk menarik perhatian mata pemakai, menjadikannya menonjol atau kelihatan lebih menarik. Pembayang mata juga boleh digunakan di bawah mata, pipi atau tulang kening.
Tamadun di seluruh dunia menggunakan pembayang mata terutamanya pada wanita tetapi juga kadang-kadang pada lelaki. Dalam masyarakat Barat, ia dilihat sebagai kosmetik feminin, walaupun turut digunakan oleh lelaki. Dalam fesyen Goth, pembayang mata hitam atau berwarna gelap yang serupa dan jenis solek mata lain adalah popular dalam kalangan kedua-dua jantina. Di Mesir purba, ia lazim digunakan oleh kedua-dua jantina. Kohl, kosmetik mata purba, memainkan peranan penting dalam pelbagai budaya dan amalan agama.