Pemain MP3

Pemain MP3 atau pemain audio digital ialah sebuah alat elektronik jenis pemain media mudah alih yang berkebolehan memainkan fail-fail audio digital; nama yang pertama ini datangnya daripada format fail MP3 yang digunakan secara meluasnya, namun format-format lain juga dapat dimainkan dalam alat sebegini.

Ada beberapa format audio digital yang berempunya seperti MP3, Audio Media Windows (Windows Media Audio, WMA) dan Pengekodan Audio Lanjutan (Advanced Audio Coding, AAC). Sesetengah format ini juga akan menerapkan pegurusan hak digital yang biasa didapati ketika memuat turun fail secara berbayar, tetapi ada juga format yang bebas paten ataupun terbuka seperti Vorbis, FLAC, dan Speex (kesemuanya sebahagian daripada projek multimedia terbuka Ogg).