Pemadam api
Pemadam api ialah alat perlindungan kebakaran aktif yang digunakan untuk memadamkan atau mengawal kebakaran kecil, seringkalinya dalam situasi kecemasan. Ia tidaklah digunakan untuk kebakaran di luar kawalan, misalnya jika kebakaran tersebut telah mencecah siling, membahayakan pengguna (yakni tidak ada jalan keluar, asap, letupan bahaya dan sebagainya), atau jika ia memerlukan kepakaran profesional. Biasanya, pemadam kebakaran terdiri daripada kebuk tekanan silinder mudah alih yang mengandungi agen yang boleh dilepaskan untuk memadamkan api. Alat pemadam api yang dibuat dengan kebuk tekanan bukan silinder juga wujud, namun ia kurang biasa didapati.