Pelukan Angkasa
| "Pelukan Angkasa" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single runut bunyi oleh Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah | ||||
| daripada album Second Voyage | ||||
| Bahasa | Bahasa Melayu | |||
| Dilancarkan | 18 September 2019 | |||
| Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
| Genre | ||||
| Syarikat | S.O.G. Production | |||
| Penulis | Fazleena Hishamuddin | |||
| Penggubah | Raja Nazrin Shah | |||
| Penerbit | Bert Poncet | |||
| Kronologi single Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah | ||||
| ||||
| "Pelukan Angkasa" di YouTube | ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Pelukan Angkasa ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan penyanyi muzik bebas Malaysia, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G.) bersama-sama seorang penyanyi wanita Malaysia, Shila Amzah. Lagu ini dicipta oleh Raja Nazrin Shah dan ditulis oleh Fazleena Hishamuddin.
Lagu ini mula disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi S.O.G. pada 18 September 2019. Ia menjadi runut bunyi bagi filem KL Vampires yang ditayangkan pada 14 November 2019. Lagu ini juga dimuatkan dalam album ketiga S.O.G. berjudul Second Voyage.
Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 6 Mac 2022.