Pelindung cahaya matahari
Pelindung cahaya matahari, juga dikenali sebagai pelindung kulit, ialah losen, semburan, atau produk topikal yang menyerap atau memantulkan sinaran ultraungu (UV) matahari demi melindungi kulit.
Pelindung cahaya matahari mengandungi satu atau lebih penapis UV yang terdiri daripada tiga jenis yang utama:
- sebatian kimia organik yang menyerap cahaya ultraungu (seperti oksibenzona);
- zarahan tak organik yang memantulkan, menyelerakkan, dan menyerap cahaya UV (seperti titanium dioksida, zink oksida, atau segabungan kedua-duanya);
- zarahan organik yang terutamanya menyerap cahaya dengan cara yang serupa dengan sebatian kimia organik, tetapi mengandungi berbilang kromofor serta memantulkan dan menyelerakkan sebahagian cahaya seperti dengan zarahan tak organik. Dalam bentuk rumusan, ia juga bertindak dengan cara yang tidak sama dengan sebatian kimia organik. Salah satu contohnya ialah Tinosorb M.
Pertubuhan-pertubuhan perubatan seperti American Cancer Society mengesyorkan penggunaan pelindung cahaya matahari.