Pelantak

Pelantak atau ramrud (ramrod) ialah sebatang kayu atau besi khusus untuk mengisi peluru dari muncung senjata api seperti senapang lantak atau meriam dengan "memukul kuat-kuat", "menghentak" atau "melantak" kandungan tersebut supaya "keras atau padat" bersama mesiu diisi dalam senjata.

Batang ini sering dilengkapkan bersama senapang dalam suatu bekas simpanan khas terpasang.