Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa
| Pelakon Lelaki Terbaik (Drama TV) Anugerah Seri Angkasa | |
| Dianugerahkan untuk | "Persembahan pelakon lelaki dalam watak utama sesebuah drama televisyen di Malaysia" |
| Diberikan | Kementerian Penerangan Malaysia |
| Negara | Malaysia |
| Diperkenalkan pada | 1972 (untuk persembahan lakonan TV pada tahun edisi 1972) |
| Pemenang pertama | , ' (ASA1972) |
| Kini dipegang oleh | Nasir Bilal Khan, Harus Terpisah (ASA2016) |
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama TV) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Seri Angkasa yang pernah dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Kementerian Penerangan Malaysia yang mengiktiraf pelakon lelaki yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam drama TV. Pencalonan pelakon lelaki dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia dan kemudian dibuka kepada semua stesen swasta bermula pada edisi 2004 melibatkan Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9),, saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV AlHijrah serta HyppTV .
Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV) yang diberikan kepada pelakon wanita.