Pektin
Pektin ialah sejenis heteropolisakarida berstruktur terkandung dalam dinding sel utama tumbuhan. Ia mula-mula diasingkan dan digambarkan oleh Henri Braconnot, saintis Perancis pada tahun 1825. Ia dihasilkan secara komersil daripada buah sitrus untuk digunakan dalam pembuatan makanan sebagai agen gel, terutamanya dalam jem. Ia turut digunakan dalam isi pencuci mulut, ubatan, gula-gula serta bahan penstabil dalam jus buahan dan aminuman bersusu. Ia turut digunakan sebagai suatu serat makanan.