Pekerja kolar biru

Pekerja kolar biru (bahasa Inggeris: blue-collar worker) merupakan pekerja yang melakukan kerja-kerja manual secara giat, hal ini membeza dengan kelas-kelas pekerja yang lain seperti pekerja kolar putih dan sebagainya. Pekerja kolar biru biasanya merupakan seorang pekerja mahir dan pekerja tak mahir yang terlibat dalam industri perlombongan, pembinaan, perniagaan, serta kerja-kerja mekanikal dan pembaikan.

Pengungkapan konsep ini pertama kali muncul pada tahun 1924 di negeri Iowa, Amerika Syarikat daripada suatu akhbar menerangkan pekerjaan berkaitan perniagaan di mana golongan pekerja sebegini laim memakai baju denim atau chambray berwarna biru sebagai pakaian seragam mereka.