Pekan Kabong
Kabong كابوڠ | |
|---|---|
Pekan Kabong. | |
Kabong كابوڠ | |
| Koordinat: 1°48′06″N 111°07′18″E / 1.8016459°N 111.1215521°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sarawak |
| Bahagian | Bahagian Betong |
| Pentadbiran | |
| • Pihak berkuasa tempatan | Pejabat Daerah Kabong |
| Aras | 5 m (16 ft) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Poskod | 94650 |
Pekan Kabong atau secara rasminya Kabong ialah pekan pentadbiran bagi Daerah Kabong di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Poskod bagi Pekan Kabong ialah 94650 Kabong. Keadaan Pekan Kabong seperti pekan koboi yang tua kerana umur pekan Kabong hampir mencecah usia lebih seratus tahun. Ia terletak berhampiran dengan Kuala Batang Krian.
Kabong ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kabong. Kabong terletak di bawah kawasan negeri Kabong (N40); parlimen Saratok. ADUN Kabong yang terkini ialah ialah Mohd Chee Kadir. Keadaan pembangunan yang perlahan di Pekan Kabong merupakan tugas besar yang bakal dipikul oleh beliau.