Pegas

Pegas atau juga spring (pinjaman bahasa Inggeris) merupakan sejenis objek daripada jalur logam seperti besi waja yang dibentuk menggelung-gelung dan berpilin serta menganjal saat ditekan. Objek ini bertujuan menyimpan tenaga mekanikal yang disalurkan hasil tekanan terhadap mampatan atau regangan padanya.