Paya Simpanan Sungei Buloh
| Paya Simpanan Sungei Buloh | |
|---|---|
| ڤايا سيمڤنن سوڠاي بولوه Sungei Buloh Wetland Reserve 双溪布洛湿地保护区 | |
IUCN Kategori Ia (Cagar alam) | |
Papan tanda Paya Simpanan Sungei Buloh | |
Lokasi Paya Simpanan Sungei Buloh di Singapura | |
| Lokasi | Neo Tiew Crescent, Singapura |
| Luas | 130 hektar |
| Ditubuhkan | 2002 |
| Badan pentadbir | Lembaga Taman Negara Singapura |
| Laman sesawang rasmi | |
| sunting | |
Paya Simpanan Sungei Buloh (Jawi: ڤايا سيمڤنن سوڠاي بولوه; Inggeris: Sungei Buloh Wetland Reserve; Cina: 双溪布洛湿地保护区) ialah sebuah kawasan simpanan semulajadi yang terletak di barat laut Singapura. Ia adalah kawasan simpanan pertama yang diwartakan di negara itu (2002) dan ia juga merupakan tempat persinggahan yang penting bagi beberapa spesies burung penghijrah, di mana kawasan ini telah diiktiraf oleh pertubuhan Wetlands International ke dalam Rangkaian Tapak Burung Persisiran Australasia Asia Timur. Kawasan simpanan ini mempunyai keluasan 130 hektar dan telah disenaraikan dalam Taman Warisan ASEAN pada 2003.