Paulo Coelho

Paulo Coelho
Paulo Coelho pada tahun 2008
Lahir (1947-08-24) 24 Ogos 1947
Rio de Janeiro, Brazil
PekerjaanNovelis, penulis dan penulis lirik
Bahasabahasa Portugis
WarganegaraBrazil
GenreDrama, novel Romantik
Tahun aktif1974–kini
Karya terkenalO Alquimista
PasanganChristina Oiticica
Laman web
paulocoelhoblog.com

Paulo Coelho de Souza (disebut paling dekat [pau.lu ku.wél.yu ji su.za], lahir 24 Ogos 1947) adalah seorang penulis lirik dan novel dari Brazil yang menerima banyak anugerah antarabangsa. Beliau lebih dikenali melalui novel O Alquimista ("Sang Ahli Alkimia"), karyanya yang paling banyak diterjemahkan.

Beliau sebelum ini hidup bersama isterinya - Christina Oiticica, yang dikahwininya pada 1980 - setengah tahun di Rio de Janeiro dan setengah tahun lagi di sebuah kediaman di Pergunungan Pyrene Perancis. Mereka kini menetap di Geneva, Switzerland. Coelho juga pengasas Paulo Coelho Institute, sebuah institusi yang menolong anak-anak yang tidak begitu beruntung dari royalti atas tulisan-tulisannya.