Paul Gauguin
Paul Gauguin | |
|---|---|
Gauguin pada tahun 1891 | |
| Kelahiran | Eugène Henri Paul Gauguin 7 Jun 1848 Paris, Perancis |
| Meninggal dunia | 8 Mei 1903 (umur 54) Atuona, Kepulauan Marquesas, Polinesia Perancis |
| Warganegara | Perancis |
| Terkenal kerana | Lukisan, ukiran patung dan kayu, seramik |
| Gaya | Impresionisme, Pascaimpresionisme, Primitivisme |
| Pasangan | Mette-Sophie Gad (k. 1873; c. 1894) |
Eugène Henri Paul Gauguin (disebut [øʒɛn ɑ̃ʁi pɔl ɡoɡɛ̃ terdekat u.jén ong.ri pol go.géng], 7 Jun 1848 – 8 Mei 1903) merupakan seorang pelukis dari Perancis dalam pergerakan seni Impresionisme dan pascaimpresionisme. Beliau dikenali atas gaya lukisannya yang banyak meneroka dan bereksperimen dengan gabungan dan pasangan warna di mana ditekankan penghasilan semula rasa pelukis terhadap subjek yang dilukis dan muka luaran subjek (sintetisme). Beliau turut melukis mengenai kehidupan seharian masyarakat Polinesia Peranics yang menjadi tempat beliau menghabiskan sisa usianya.
Beliau antara pelopor seni lukisan moden yang masyhur selain Edvard Munch dan Paul Cézanne; malah turut mempengaruhi karyawan selepasnya yang lebih berdaya kreatif tersendiri seperti Pablo Picasso dan Henri Matisse.