Patin kemboja

Basa
Kepala patin kemboja
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Pangasiidae
Genus: Pangasius
Spesies:
P. bocourti
Nama binomial
Pangasius bocourti
Sauvage, 1880

Patin Kemboja (Pangasius bocourti), turut dikenali sebagai patin lawang, ialah spesies ikan bermisai dalam keluarga Pangasiidae. Patin Kemboja berasal dari lembangan Mekong dan Chao Phraya di Tanah Besar Asia Tenggara. Ikan ini penting sebagai sumber makanan dan turut ditemukan di pasaran antarabangsa.

Ia kerap dilabel sebagai "basa fish", "swai" atau "bocourti" di Amerika Utara dan Australia. Di Eropah, ikan ini dikenali sebagai "pangasius" atau "panga". Di pasaran Asia pula, nama untuk patin Kemboja termasuk "Pacific dory" dan "patin". Patin terdekat lain yang boleh disalah label sebagai "basa fish", termasuk P. hypophthalmus (patin Siam) dan P. pangasius (patin biasa).