Pasukan meriam
Dalam organisasi tentera, sebuah pasukan meriam atau bateri meriam merupakan sebuah unit atau beberapa sistem artileri, mortar, artileri roket, pelancar roket berganda, peluru berpandu permukaan ke permukaan, peluru berpandu balistik, peluru berpandu krus dan lain-lain, semua dikelompokkan untuk memudahkan komunikasi medan perang dan perintah dan kawal yang lebih baik, serta untuk menyediakan penyebaran bagi kru meriam dan sistem mereka. Istilah ini juga digunakan dalam konteks tentera laut untuk menggambarkan kelompok meriam di atas kapal perang.