Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-21 Republik Czech

Republik Czech B-21
GelaranLvíčata (Anak-anak Singa)
PersatuanFotbalová asociace České republiky (FAČR)
Ketua jurulatihVítězslav Lavička
Kaps terbanyakJan Polák (46)
Penjaring terbanyakTomáš Pekhart (17)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
Republik Czech 1–0 Malta
(Opava, 5 September 1994)
Kemenangan terbesar
Republik Czech 8–0 Bulgaria
Teplice, 5 Oktober 2001
Republik Czech 8–0 Liechtenstein
Prague, 11 September 2007
Republik Czech 8–0 San Marino
Serravalle, 9 Jun 2009
Republik Czech 8–0 Andorra
Mladá Boleslav, 10 Ogos 2011
Kekalahan terbesar
Sepanyol 4–0 Republik Czech
Burgos, 7 Jun 1997
Rekod untuk perlawanan
kompetitif sahaja
Kejohanan Remaja B-21 UEFA
Kemunculan9 (Kali pertama pada 1996)
Keputusan terbaikJuara (2002)

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-21 Republik Czech merupakan pasukan bola sepak bawah-21 Republik Czech yang dikawal badan Persatuan Bola Sepak Republik Czech. Pasukan ini akan bertanding di Kejohanan Eropah B-21, yang diadakan setiap dua tahun sekali.

Walaupun Czechoslovakia dibubarkan secara rasminya pada 1 Januari 1993, pasukan bawah-21 Czechoslovakia tetap meneruskan perjuangan mereka di Kejohanan B-21 UEFA 1994. Selepas itu, pasukan Republik Czech dan pasukan bawah-21 Slovakia ditubuhkan secara berasingan. Perlawanan bagi kedua-dua negara tersebut adalah pada September 1994 bagi kelayakan Kejohanan Eropah bawah-21 1996.

Pasukan bawah-21 Republik Czech berjaya melangkah ke suku akhir pada 1996 namun gagal untuk layak ke Kejohanan Eropah 1998. Pasukan ini akhirnya melangkah ke perlawanan akhir pada tahun 2000 dan 2002.

Akan tetapi, pasukan ini sekali lagi gagal untuk layak ke kejohanan pada edisi seterusnya iaitu pada tahun 2004 dan 2006. Pasukan ini kemudian layak untuk ke edisi 2007 tetapi di tempat terakhir pada peringkat kumpulan. Mereka sekali lagi gagal untuk ke kejohanan tersebut pada tahun 2009. Pada Kejohanan bawah-21 UEFA 2011, pasukan Republik Czech di tempat keempat.