Pasukan belakang

Pasukan belakang atau pengawal belakang adalah bahagian dari pasukan tentera yang melindunginya dari serangan belakang, samada ketika kemaraan atau pengunduran. Istilah ini juga boleh digunakan untuk menunjuk pasukan-pasukan yang melindungi barisan, seperti talian komunikasi, di belakang ketumbukan darat. Secara lebih umum, tindakan pasukan belakang boleh merujuk secara idiom kepada satu usaha mencegah sesuatu walaupun ia mungkin terlalu lambat untuk dihalang; maksud idiomatik ini boleh digunakan dalam konteks ketenteraan atau bukan ketenteraan.