Pasukan Simpanan Angkatan Tentera
Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT) dalam Angkatan Tentera Malaysia berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan warganegara sebagai anggota sukarela sejajar dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional. Terdapat tiga Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia
- Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat (RAW)
- Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).
- Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).