Pasir Pelangi
Pasir Pelangi ialah sebuah perkampungan diraja di negeri Johor, Malaysia. Perkampungan diraja ini ditubuhkan pada awal 1900-an semasa pemerintahan Sultan Ibrahim. Kampung ini terletak berhampiran bandar raya Johor Bahru, dan bandar Stulang.