Parti Sedar Rakyat
Parti Sedar Rakyat | |
|---|---|
| Fail:- | |
| Pemimpin/ketua | Dato' Othman Abdullah |
| Pengasas | Dato' Othman Abdullah |
| Diasaskan | 3 Jun 2018 |
| Disahkan | 28 Mei 2019 |
| Ibu pejabat | Tingkat 1, Lot 254, SL17, Seksyen 8, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak |
| Ideologi | Nasionalisme Liberalisme negeri Hal ehwal infrastruktur negeri Hak bangsa Bumiputera Hak ekonomi Sarawak Hal ehwal Melayu Sarawak Hal ehwal Sabah & Sarawak Pendidikan TVET Hal ehwal pendidikan negeri |
| Kedudukan politik | Berhaluan kanan |
| Hubungan kebangsaan | Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN) (2021 – kini) |
| Warna | kuning, puteh, merah |
| Tapak sesawang | www |
| Dewan Negara : | 0 / 70 |
| Dewan Rakyat : | 0 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
| Dewan Undangan Negeri Sarawak : | 0 / 99 |
| Premier Sarawak : | 0 / 1 |
| Simbol pilihan raya | |
| parti_sedar_raykat_sarawak_flag.jpg | |
| Bendera parti | |
| Fail:Parti sedar raykat sarawak flag.jpg | |
| Catatan kaki | |
| Senarai parti politik di Malaysia, Pilihan Raya di Malaysia | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Sedar Rakyat atau SEDAR, sebelum ini dikenali sebagai Parti Sedar Rakyat Sarawak ialah sebuah parti politik tempatan berhaluan kanan, dan lebih memfokuskan mengenai hal ehwal pembangunan infrastruktur asas negeri, sistem pendidikan negeri, pemerkasaan ekonomi negeri, dan hal ehwal kebajikan masyarakat Bumiputera Sarawak.
Parti politik tempatan ini diasaskan pada Jun 2018 oleh Dato' Othman Abdullah. Parti politik ini telah diluluskan pendaftarannya pada 28 Mei 2019 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS). Namun pada 13 September 2023, parti ini telah mengembangkannya kepada politik kebangsaan dan menamakannya semula kepada Parti Sedar Rakyat dengan membuangkannya perkataan 'Sarawak' daripadanya sebagai sebuah parti politik kebangsaan dan bukan lagi parti politik tempatan Sarawak.