Parti Nasional New Zealand

Parti Nasional New Zealand
Rōpū Nāhinara
The National Party
Pemimpin/ketuaJohn Key
PresidenPeter Goodfellow
PengerusiChristopher Luxon
Timbalan PemimpinBill English
Diasaskan13–14 Mei 1936
Didahului olehParti Bersatu
Parti Reformasi
Anggota bagi
Ibu pejabat262 Thorndon Quay, Pipitea, Wellington 6011
Sayap belia/pemudaNasionalis
IdeologiLiberalisme klasikal
Konservatisme
Kedudukan politikPertengahan kanan
Hubungan antarabangsaKesatuan Demokrat Antarabangsa
WarnaBiru
Tapak sesawangwww.national.org.nz
Pautan lain
Ahli Parlimen Dewan Rakyat
59 / 121
sunting · sunting di Wikidata

Parti Nasional New Zealand (Bahasa Māori: Rōpū Nāhinara) merupakan sebuah parti politik pertengahan kanan di New Zealand dan merupakan salah satu dua parti terbesar dalam politik New Zealand. Parti ini diasaskan pada tahun 1936 melalui penggabungan parti Bersatu dan Reformasi, sekali gus menjadikannya sebagai parti politik kedua tertua dalam negara itu.

Setakat April 2012, Nasional mempunyai kerusi terbanyak dalam Dewan Rakyat New Zealand iaitu 59 kerusi daripada jumlah keseluruhan 121 kerusi. Sejak November 2008, parti ini menjadi pemerintah negara dan membentuk kerajaan minoriti dengan sokongan tiga parti kecil yang lain.