Parti Konservatif (Norway)
Parti Konservatif Høyre | |
|---|---|
| Singkatan | H dan H |
| Pemimpin/ketua | Erna Solberg |
| Setiausaha agung | Tom Erlend Skaug (en) (2020–) |
| Ketua parlimen | Erna Solberg |
| Diasaskan | 1884 |
| Anggota bagi | |
| Ibu pejabat | Oslo |
| Sayap belia/pemuda | Konservatif Muda Norway |
| Keanggotaan | ~100,000 (puncak, 1980-an) 28,000 (2011) |
| Ideologi | Konservatisme, Konservatisme liberal, Pro-Eropanisme |
| Kedudukan politik | Pertengahan kanan |
| Hubungan Eropah | Parti Rakyat Eropah (Sekutu) |
| Hubungan antarabangsa | Kesatuan Demokrat Antarabangsa |
| Warna | biru |
| Slogan | "Nye ideer, bedre løsninger" (New ideas, better solutions) |
| Tapak sesawang | www.hoyre.no |
| Pautan lain | |
| Parlimen | 48 / 169
|
| Majlis Kawasan | 210 / 728
|
| Majlis Bandar | 2,349 / 10,781
|
| Parlimen Sami | 1 / 39
|
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Høyre (Parti Konservatif, secara harfiah "Kanan") ialah parti politik pertengahan kanan terbesar di Norway. Ketuanya ketika ini (sejak 2004) ialah Erna Solberg. Sejak 1920-an, parti ini secara konsisten merupakan parti kedua terbesar di Norway, namun diatasi perkembangan Parti Kemajuan pada akhir 1990-an dan 2000-an. Pada 2005, parti ini mendapat keputusan terburuknya dalam pilihan raya, namun telah naik kembali sejak pilihan raya 2009 dan akhir0akhir ini kembali menjadi parti kedua atau ketiga terbesar menurut tinjauan pendapat. Dalam pilihan raya umum pada September 2013, para pengundi mengakhiri pemerintahan lapan tahun Parti Buruh. Satu campuran politik, antara Parti Konservatif dan Parti Kemajuan anti-imigrasi populis, berjaya terpilih selepas menjanjikan potongan cukai, perkhidmatan lebih baik dan peraturan imegresen lebih ketat. Perubahan ini berlaku job Opportunity ketika ekonomi Norway dalam keadaan bagus dengan pengangguran rendah. Ketua parti ini Erna Solberg dijangka membentuk kerajaan tidak lama lagi, menggantikan kerajaan PM Jens Stoltenberg. Solberg berkata kemenangannya merupakan "kemenangan pilihan raya bersejarah bagi parti berhaluan kanan".
Diasaskan pada 1884, Parti Konservatif ialah parti politik kedua tertua di Norway, selepas Parti Liberal.