Parti Komunis Moldavia

Parti Komunis Moldavia
Partidul Comunist al Moldovei
Diasaskan1940
DibubarkanOgos 1991
Didahului olehJawatankuasa Wilayah Moldavia Parti Komunis Ukraine
Ibu pejabatChişinău
IdeologiKomunisme
Marxisme-Leninisme
Nasionalisme Moldova
Kedudukan politikPolitik jauh kiri
Hubungan kebangsaanParti Komunis Kesatuan Soviet
Warna     Merah
SloganPekerja dunia, bersatulah!
  • Politik Moldova
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata

Parti Komunis Moldavia (Bahasa Romania: Partidul Comunist al Moldovei, PCM; Cyrillic Moldova: Партидул Комунист ал Молдовей; Bahasa Rusia: Коммунистическая партия Молдавии) adalah parti pemerintah dan satu-satunya parti politik sah di RSS Moldavia, dan salah satu daripada lima belas parti peringkat republik yang membentuk Parti Komunis Kesatuan Soviet (KPSS) sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Ketika Perang Dunia II, parti itu adalah kekuatan penggerak penentangan Moldova terhadap penjajahan Paksi.

Pada tempoh Perestroika, yang telah menyaksikan populariti parti semakin merosot, ia juga berdepan dengan rusuhan November. Pemimpin parti Semion Grossu digantikan dengan Petru Lucinschi pada 16 November 1989.

Pada 27 Ogos 1991 Moldova mengisytiharkan Kemerdekaan dan riwayat Republik Sosialis Soviet Moldavia berakhir; tidak lama selepas itu, Parti Komunis dilarang bersama dengan semua pertubuhan komunis yang lain. Pada 7 September, Parlimen Moldova mencabut larangan aktiviti berkaitan komunis.